E-book Mudahnya Melengkapkan Lencana Pengakap Muda – Siri 1 Tingkatan 1 Pengenalan disusun sebagai panduan praktikal yang mudah diikuti oleh guru dan pemimpin pengakap di sekolah. E-book ini merangkumi aktiviti berstruktur mingguan, lengkap dengan cadangan latihan, penilaian dan nota khas untuk membantu murid melengkapkan Lencana Usaha secara terancang. Panduan ini turut mengambil kira kekangan masa, pertukaran guru dan perbezaan keperluan sekolah, menjadikannya sesuai untuk guru tetap, baharu atau ganti. E-book ini diharap dapat memudahkan pelaksanaan latihan sambil menyemarakkan semangat pengakap dan pembinaan sahsiah murid Tingkatan 1.